Bahan kimia

Kristal Mentol (Jenama Polar Bear) – 1kg

CH-Menthol
RM149.00 MYR

Beli ikut karton atau setiap bulan? Tanya harga borong.

Spesifikasi

Model / SKUCH-Menthol

Butiran

Kristal mentol jenama Polar Bear untuk pembuat minyak angin, balm, minyak urut, gel penyejuk, sabun dan syampu. Mentol memberi rasa sejuk dan bau pudina pada produk ini. Dijual di sini dalam pek 1kg dari kedai kami di Butterworth.

Saiz pek

  • 1kg: harga seperti di halaman ini
  • 25g, 50g, 100g dan 500g: untuk mencuba formula baharu. WhatsApp kami untuk harga.
  • 2kg ke atas: WhatsApp kami untuk harga borong

Kegunaan

  • Minyak angin, minyak urut dan minyak panas
  • Balm dan salap
  • Gel, semburan dan roll-on penyejuk
  • Pelembap bibir, sabun, syampu dan produk mandian

Cara guna dalam formula

  • Larut dalam alkohol dan minyak, tidak larut dalam air. Masukkan ke dalam fasa minyak formula anda.
  • Cair pada kira-kira 42–44°C. Untuk balm, kacau masuk selepas bahan asas sejuk ke sekitar 50°C supaya kurang meruap.
  • Sedikit sudah cukup kuat. Jumlah yang sesuai bergantung pada formula anda dan peraturan untuk produk siap anda.

Spesifikasi

  • Jenama: Polar Bear
  • Nama lain: menthol, hablur mentol, 薄荷醇
  • Nama INCI: Menthol
  • Rupa: kristal jernih hingga putih, bau pudina yang kuat
  • Takat lebur: kira-kira 42–44°C
  • Larut dalam: alkohol dan minyak
  • Gred: beritahu kami kegunaan anda sebelum membuat pesanan, dan kami akan semak dengan dokumen pembekal.

Keselamatan dan penyimpanan

  • Bahan mentah untuk membuat produk. Jangan makan atau sapu terus pada kulit tanpa dicairkan.
  • Wapnya kuat. Jauhkan dari mata dan basuh tangan selepas mengendalikannya.
  • Tutup pek dengan rapat. Mentol meruap perlahan-lahan dan kristal boleh bergumpal atau cair jika panas.
  • Simpan di bawah 30°C, jauh dari cahaya matahari dan kanak-kanak.

Menjual produk siap?

Jika anda menjual minyak angin, balm atau produk lain yang dibuat dengan mentol ini, pendaftaran atau notifikasi produk siap dengan NPRA ialah tanggungjawab pengeluar. Kami hanya membekalkan bahan mentah.

Pesanan

Harga yang dipaparkan untuk satu pek 1kg. Untuk saiz lain, harga borong atau ambil sendiri di kedai kami di Butterworth, WhatsApp kami di 012-4217303.